6 Tips Pemakanan Untuk Keberkesanan Diet

Sering kali kita didedahkan dengan pelbagai garis panduan menurunkan berat badan seperti memberi fokus pada pengambilan protein atau rutin senaman tanpa menyekat selera makan. Namun begitu, apakah diet yang berkesan dan tidak menjejaskan kesihatan? Kesalahan dalam rutin diet bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan, malah mampu mengakibatkan peluang mendapat obesiti meningkat. Tetapi, dengan tips yang bakal didedahkan, anda bukan sahaja mampu mendapatkan berat badan idaman, malah menghindari masalah kesihatan.

Tips Diet Yang Berkesan

1. Pengambilan Sarapan Pagi

Tidak mengambil sarapan adalah kesilapan utama kebanyakan daripada kita yang ingin menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan sebenarnya membantu anda dalam mengurangkan pengambilan jumlah kalori dalam pemakanan. Malah, kajian mendapati purata bacaan indeks badan ideal (BMIs) dalam kalangan mereka yang mengambil sarapan adalah lebih rendah berbanding yang tidak bersarapan.

2.Makanan Berserat Tinggi

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi bermakna tahap kalori bagi makanan itu adalah lebih rendah. Ini akan memastikan anda kekal kenyang pada jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, regime diet berserat ini adalah lebih mudah untuk dihadam sekaligus memastikan kestabilan paras gula dalam darah.

Adakah anda tahu bahawa ketidakstabilan gula dalam darah sebenarnya akan menyebabkan anda cepat lapar? Ini akan menyebabkan pengambilan makanan menjadi tidak teratur dan akan mengakibatkan obesiti sekiranya tidak diambil secara serius. Inilah pentingnya untuk anda mengambil makanan berserat tinggi dalam menu seharian anda bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjaga.

3. Salad Bar Platter

Pastinya apabila sayuran dikaitkan dengan amalan diet, kebanyakan daripada kita kurang gemar dengan perlunya ia bagi memastikan keberkesanannya. Ketidaksetujuan ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor yang mana sebab utamanya dikaitkan dengan cara penyajian yang menampakkan ia kurang menyelearakan. Namun begitu, kajian menunjukkan Salad Bar Platter mendapat respon positif  bagi mereka yang inginkan menu harian lengkap dengan pengambilan sayur-sayuran.

Penyajian Salad Bar Platter yang fleksibel menjadikan ia lebih menarik dengan memberi pilihan kepada anda untuk menggunakan variasi bahan. Sebagai contoh, anda boleh memilih sayur-sayuran seperti lobak, zucchini, dan brokoli untuk di gabungkan dengan buah-buahan kegemaran anda bersama pelbagai pilihan sos salad bar. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Salad Bar secara rutin mampu meningkatkan kandungan Vitamin C dan E, Folate dan juga Karotenoid individu tersebut. Malah, jisim berat penggemar Salad Bar adalah 3 hingga 20% lebih rendah secara purata.

4. High Protein vs Low Protein Diet

Dalam regime diet yang pelbagai, mempraktikkan “High Protein, Low-Carb” Diet adalah antara kaedah yang dipilih bagi menurunkan berat badan. Umum mengetahui bahawa teknik diet ini sebenarnya adalah antara regime yang memberi kesan memberangsangkan untuk jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, jisim individu yang mempraktikkan pengambilan Protein yang tinggi adalah lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang rendah pada Glycemic Index. Hal ini menjadikan teknik High Protein, Low Carb Diet lebih berkesan daripada teknik Low Protein, High-Carb Diet.

5. Diet Kekacang

Pernahkah anda terfikir untuk menjadikan kekacang antara makanan diet anda? Pastinya soalan ini membuatkan anda berfikir adakah dibenarkan untuk mengambil kekacang sedangkan ada kenyataan yang menyatakan bahawa ia perlu dielakkan. Namun begitu, para pengkaji telah menjalankan kajian di mana rata-rata keputusan mendapati bahawa kekacang sebenarnya mampu menurunkan berat badan. Berdasarkan kajian, kekacang yang berkhasiat mampu menjadikan individu tersebut lebih cepat kenyang tanpa menyekat selera makan, manakala protein dalam badan pula akan bertindak sebagai agen untuk memastikan kalori dari kekacang itu digunakan semasa penghadaman.

Sebagai contoh, pengambilan kacang Almond akan merendahkan Indeks Jisim Badan (BMIs) sehingga 18% berbanding hanya 11% pengurangan untuk pengambilan Karbohidrat. Selain itu, ia memastikan kandungan gula dalam darah untuk kekal stabil setara dengan insulin yang jelas mempengaruhi kenaikan berat badan.

6. Pengambilan Kalsium Dalam Pemakanan

Adakah anda tahu bahawa penyimpanan dan pembakaran lemak dalam badan adalah berkait rapat dengan pengambilan kalsium dalam pemakanan?. Kandungan kalsium yang banyak di dalam sel sebenarnya akan lebih menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Walaupon terdapat kajian yang merumuskan bahawa kalsium daripada produk tenusu adalah paling efektif, namun kalsium daripada sumber lain juga berkesan. Sebagai contoh, kandungan kalsium di dalam brokoli dan jus oren membantu melengkapkan kalsium yang diperlukan dalam diet seharian.

Mendapatkan berat badan yang ideal bukanlah sesuatu yang sukar, namun disiplin merupakan faktor penting bagi membantu mencapai matlamat anda. Regime diet yang menyekat selera makan tidak menjamin keberkesanan diet anda kerana emosi anda jelas akan terganggu dan akan merasa terbeban. Oleh itu, pastikan anda memilih teknik diet yang betul agar usaha anda akan membuahkan hasil dan anda kekal sihat sentiasa. Selamat mencuba!

Cara menabung paling berkesan untuk anda.

Ramai orang ada keinginan untuk menabung. Tetapi tidak tahu cara menabung yang berkesan. Jom ikuti langkah di bawah untuk uruskan kewangan kita dengan baik.

Perkara yang sering bermain di fikiran adalah bila kita mendapat gaji di hujung bulan, bagaimana kita mahu menyimpan duit dengan baik untuk kegunaan sekarang, ketika kecemasan, untuk masa depan dan untuk keperluan keluarga? Perkara pertama yang kita perlu bila kita dapat gaji adalah dengan membuat TABUNG.

Selalunya orang kaitkan menabung adalah untuk kanak-kanak bukan untuk orang dewasa. Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita mengajar kanak-kanak untuk membuat simpanan ketika kecil? Supaya mereka pandai berjimat dan tidak boros dalam membeli barang.

Tapi pernahkah kita fikir, semakin besar kanak-kanak itu, semakin kurang sifat mereka untuk menyimpan duit dan membuat simpanan kecemasan. Sebab itu makin besar, kita makin pandai minta duit ibu bapa atau makin ligat mencari duit sampingan untuk kepuasan diri tanpa lupa memikirkan masa depan.

Jadi, perlu diingatkan untuk kita semua agar tanamkan semula sifat menyimpan duit untuk kegunaan masa depan. Banyakkan menyimpan agar boleh digunakan ketika kecemasan. Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk bahagikan duit gaji kepada beberapa bahagian. Jom lihat!

 

 

#1: Tabung Diri sendiri 10%

Pertama sekali, bila kita dah dapat gaji, simpan 10% dari gaji kita untuk diri kita. Dengan duit itulah jika kita nak reward diri kita untuk makan di tempat mahal-mahal, atau berbelanja di tempat mahal atau untuk pergi spa rehatkan diri, terpulang pada diri kamu.

Beri diri kita peluang untuk menikmati keseronokan setelah selama sebulan bekerja lelah berhempas pulas untuk mencari rezeki. Tetapi awas! Pastikan hanya 10% sahaja dari gaji yang kita dapat. Contoh gaji sebulan kita adalah RM3000, jadi pastikan hanya rm300 sahaja yang dibelanja untuk diri sendiri.

(Sumber dari Vemale.com)

#2: Tabung Sedekah 5%

Pernah dengar, “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain” ? Atau pernah dengar “semakin banyak kita memberi semakin banyak kita menerima”? Itulah konsep sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin berkat rezeki kita. Semakin bertambah rezeki kita. Malah, rezeki kita akan datang dalam bentuk yang tidak dijangka.

Tidak dinafikan ada orang yang anggap bila bersedekah itu duit akan berkurangan atau akan rasa miskin selepas banyak bersedekah tetapi sebenarnya itu pemikiran yang salah. Dalam Islam dah di ajar untuk banyakkan bersedekah. Walaupun ketika itu kita hanya ada RM1 dalam poket seluar.

Jika kita yakin dengan rezeki Allah, kita tidak akan lokek untuk bersedekah dan memberi kepada orang yang memerlukan. Jadi tunggu apa lagi? Bersedekahlah supaya rezeki yang kita ada dapat kita kongsi bersama dengan yang memerlukan.

#3: Tabung Ibubapa 5%

Benda ini sering anak-anak terlupa. Bila dah mula dapat duit, mula lupa diri, lupa siapa yang menjaga kita dari kecil. Ingatlah, ibu bapa kadang-kadang tak nak pon duit kita, tapi ibu bapa nak tengok sama ada kita ingat atau tidak kepada mereka. Bagi anak-anak yang duduk dengan ibu bapa, apa salahnya berkorban untuk bayar bil api, bil air, keperluan dapur atau bayar sewa rumah supaya dapat kurangkan beban ibu bapa kita.

Walaupun ibu bapa kita seoang jutawan, tapi tak salah untuk kita memberi sedikit wang ringgit hasil titik peluh kita kepada mereka. Bila kita menggembirakan hati ibu bapa kita, ibu bapa dengan senang hati mendoakan kita, malah kita turut dapat redha dari Allah. Bila kita dapat redha dari Allah, mesti hari-hari kita rasa seronok untuk buat kerja.

Cuba buat dan tengok kesannya. Ok? Boleh ke Boleh?

 

#4: Tabung Simpanan 10%

Ini benda penting yang kita perlu sedar dari dulu. Dapat duit simpan untuk buat simpanan. Memanglah awal-awal simpan duit sikit saja. Tapi bila dah lama-lama menyimpan, kan bertambah banyak duit yang ada. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Bermula RM300 kita menyimpan sebulan, kalau 10 bulan jadi RM3000. Alangkah seronoknya kalau duit yang kita simpan dari awal, mula membiak menjadi banyak. Tetapi awas ! Sila simpan dalam bank yang anda tak mahu sentuh dan buka. Tips bila duit simpanan dah banyak, buatlah pelaburan atau bagilah duit itu beranak. Supaya duit itu tidak terhenti setakat itu sahaja nilainya.

Jadilah kita pengguna yang bijak dalam menguruskan duit gaji kita. Bukan sahaja menyimpan duit, tetapi membiarkan duit menjadi lebih banyak.

 

#5:Tabung Percutian 10%

Bila sebut cuti, selalu orang yang dapat gaji saja, terus fikir untuk pergi bercuti. Lepas bercuti tengok-tengok semua duit gaji habis ke tempat percutian. Ini ada satu tips untuk semua. Buat tabungan dari mula kita dapat gaji, sampai satu masa duit untuk percutian dah cukup, pergilah bercuti.

Walaupun bukan selalu pergi bercuti, sekurang-kurangnya kita dapat bercuti juga. Dapat bercuti, dan dapat simpan duit dengan bijak. Jadi, pilih ? Nak bercuti setiap bulan sampai duit dah habis , atau nak cuti bila duit tabung cuti dah cukup ?

Jika kita pilih menyimpan dari awal untuk merancang percutian kita pada masa akan datang dengan perancangan yang lebih awal, mungkin bila ada promosi tiket kapal terbang yang murah, kita boleh berjimat di situ. Kita juga boleh merancang semuanya dari awal. jadi, buatlah keputusan yang bijak.

 

 

#6:Tabung Pendidikan 10%

Bila dapat gaji, simpanlah juga duit untuk pendidikan. Sama ada yang baru bekerja yang masih dalam PTPTN, boleh bayar sikit demi sikit atau yang ada keinginan untuk sambung belajar boleh tampung yuran belajar kita.

Mungkin juga duit ini bukan untuk belajar di tempat belajar, tapi kalau kita nak hadiri kursus-kursus yang berbayar untuk tingkatkan kemahiran diri kita, inilah peluangnya. Simpan duit untuk tingkatkan diri kita. Ilmu itu penting untuk membawa kita ke arah yang lebih baik.

Dengan duit simpanan untuk pendidikan, kita boleh tingkatkan diri kita dengan kemahiran atau pengetahuan yang hanya boleh didapati melalui kursus-kursus yang berbayar. Jadi, dengan menyimpan untuk pendidikan, kita boleh meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran diri kita sendiri.

 

#7: Tabung Perbelanjaan 40%+10%

Ini adalah benda yang paling penting sekali. Setiap bulan kita perlu buat dan catat perbelanjaan kita supaya kita tidak terlebih untuk menggunakannya atau tidak terlalu boros dalam membelanjakan duit kita. Dalam duit inilah kita kena kira tambang tol pergi balik kerja setiap hari, duit minyak kereta, keperluan barang dapur, keperluan harian dan segala yang berkait dengan perbelanjaan harian.

Awas ! Sila buat catatan untuk mengenal pasti perbelanjaan bulanan kita. Bila nak beli barang dekat super market, PASTIKAN kita membuat senarai semak agar tidak membeli mengikut nafsu dan pastikan kira sekali duit kita minum kopi di kedai setiap hari.

Bayangkan kalau setiap hari kita minum kopi secawan RM2, kalau seminggu RM14? Setiap hari? Sampai hujung bulan? RM56 kita hanya untuk kopi saja. Jadi, kalau kita pandai berjimat, kita mesti boleh menguruskan kewangan dengan baik.

pengurusan pembelanjaan

Bagaimana dengan tips di atas? menarikkan . Kalau menarik cubalah. Tips ini mengajar kita semua untuk menyimpan sambil berbelanja untuk diri sendiri. Kalau kita seorang yang pandai merancang, dan mula merancang dari sekarang, maka kita akan jadi orang yang bijak menguruskan kewangan dengan baik.

Jadilah orang yang bijak menguruskan gaji supaya masa depan kita terjamin dan terjaga.

 

 

Tips memilih kaca mata bagi kelihatan menawan

Kini, bercermin mata sama ada untuk membantu penglihatan mata atau untuk bergaya sudah tidak pelik di kalangan masyarakat. Malah ada yang sanggup untuk berhabis duit semata-mata untuk membeli cermin mata yang tiada power untuk kelihatan menawan. Tapi, sebagai pengguna cermin mata, jenis cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah sangat perlu supaya kelihatan anggun dan menawan dan bukan nampak seperti  orang yang tidak pandai bergaya. Tambahan pula, sekarang banyak jenis cermin mata yang menjadi tarikan semua pengguna baik dari segi cermin mata untuk kesihatan, cermin mata untuk melindungi sinaran cahaya matahari, cermin mata untuk elak radiasi dan pelbagai jenis lagi.

Di sini, disertakan beberapa tips untuk memilih cermin mata berdasarkan bentuk muka. Semoga bermanfaat!

1. Memilih cermin mata berbingkai persegi panjang dan sudut yang tajam untuk sembunyikan wajah bulat dan pipi tembam kita. 

Image result for jenis kacamata sesuai bentuk wajah

Bagi yang mempunyai bentuk muka bulat, biasanya mukanya tiada sudut, jadi pemilihan kaca mata yang bersudut akan menampilkan wajah yang menarik perhatian orang untuk melihat kamu.

2. Memiliki muka yang berwajah kotak dan mempunyai rahang besar sangat sesuai untuk memakai kaca mata yang berbentuk melengkung.

Related image

Pernah lihat orang yang mempunyai wajah petak seperti kotak? Ianya merupakan antara wajah idaman para lelaki. Dan bila melihat mereka bercermin mata, jika pandai dan tepat mengikut bentuk muka, sudah tentu orang ramai terpesona melihatnya sehingga tertoleh banyak kali. Tetapi, jika tersalah pilih bentuk cermin mata, orang akan pandang pelik kepada si pemakai itu. Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan bermuka kotak, cepat-cepat lihat jenis cermin matanya dan bantu si dia untuk memakai cermin mata yang sesuai. Pilihlah bingkai cermin mata yang berbentuk persegi panjang, oval atau bulat dengan mempunyai sisi yang melengkung. Ianya adalah pilihan yang tepat dengan bentuk wajah begitu.Pasti si pemakai akan kelihatan tampan dan menarik.

3. Memiliki wajah berbentuk hati sesuai dikenakan dengan cermin mata model cat eyes

Image result for kaca mata model cat eyes

Jika kamu memiliki dahi yang luas dan bentuk pipi dan dagu yang memanjang ke bawah, kamulah orang yang istimewa yang memiliki wajah berbentuk hati. Pemilihan bentuk cermin mata cat eyes adalah untuk menampilkan si pemakai kelihatan profesional, dan membuat tulang pipinya kelihatan lebih kecil. Carilah cermin mata dengan bingkai yang lebar di bahagian atas dan halus di bahagian bawah, sisinya berbucu dan berdiameter tebal. Malah sebaiknya hindarkan untuk memakai cermin mata yang berbentuk tinggi dan lebar.

4. Wajah bentuk oval adalah paling bertuah.

Image result for jenis kacamata sesuai bentuk wajah

Siapa yang memiliki bentuk wajah yang oval ? Mereka adalah orang yang memiliki bentuk dahi dan dagu sama lebar. Wajah akan kelihatan menarik untuk memakai apa jua jenis cermin mata. Antara pilihan yang ada, kamu boleh mencuba untuk memakai cermin mata jenis bentuk oval, cat eyes ataupun bulat. Jika kamu memilih untuk memakai cermin mata yang berbingkai besar akan menampakkan riak tegas di wajah kamu. Jadi pemakai boleh memilih samada hendak kelihatan cantik atau tegas di mata orang.

5. Cermin mata melebar dari atas ke bawah sesuai bagi yang memiliki wajah segi tiga.

bingkai bagian bawah yang melebar

Siapa yang memiliki wajah segi tiga? Mereka adalah orang yang mempunyai dahi yang kecil, pipi dan dagu yang melebar. Pemilihan bentuk cermin mata yang sesuai adalah cermin mata yang bersudut melengkung atau  oval, kerana cermin mata ini boleh menampilkan pemakai untuk menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi yang lebar. Pemilihan warna yang lembut juga memberi impak kepada pemakai. Malah, si pemakai di sarankan untuk memakai cermin mata tanpa bingkai.

Bagaimana dengan tips-tips yang diberikan? Adakah ianya membantu untuk memilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka? Sebaiknya bagi yang masih tidak tahu jenis bentuk muka, periksa dulu dan pastikan memakai cermin mata mengikut bentuk muka. Supaya apabila memakai cermin mata mengikut kesesuaian wajah, orang yang melihat akan pandang berkali-kali dan mencuri-curi pandang kepada kamu kerana ketampanan dan kecantikan kamu.

Untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya, gayakan pakaian kamu dengan pakaian dari butik Heaxabell. Pasti kamu akan kelihatan lebih tertarik, menarik dan lebih menawan!

 

Alunan Mahkota Wanita : 6 Tips Penjagaan Rambut yang wajib diketahui

[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text _builder_version=”3.0.78″ background_layout=”light” border_style=”solid”]

Alunan mengurai dan selembut sutera memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi seringkali impian untuk mendapatkan rambut idaman semakin kabur disebabkan teknik penjagaan dan perawatan rambut yang salah.

 

LAKUKAN TERAPI AGAR RAMBUT LEBIH SIHAT DAN MENAWAN

Rambut ibarat mahkota baik bagi wanita mahupun lelaki. Lantaran itu, t

 

idak menghairankan bila semua orang mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat, beralun , berkilat dan juga tidak rapuh (mudah gugur).

Tahukah anda bahawa rambut manusia merupakan struktur sederhana yang diperbuat daripada keratin dan sel-sel kulit mati? Agak memeranjatkan bukan? Rambut berfungsi untuk mencegah hilangnya panas dari kepala seseorang. Selain itu rambut merupakan tisu paling cepat tumbuh pada tubuh seseorang manusia. Dikatakan bahawa 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala setiap orang dewasa.

 

Rambut boleh kehilangan warna, kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen. Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambutsemakin menurun dan mungkin akan berhenti membekalkan bahan pewarna semulajadi sehingga menyebabkan rambut bertukar putih yang dikenali sebagai uban.

Heaxabell ingin berkongsi tip-tip sesuai untuk penjagaan rambut supaya dapat dimanfaatkan oleh pembaca.

 

Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik sekiranya menggunakan produk diperbuat daripada bahan semulajadi.

Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Boleh jika terlalu ingin bergaya tetapi biarlah sekali sekala. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif dan akan merosakkkan struktur ramb

 

ut dan juga kulit kepala.

Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut, tanggapan sebegini memang salah kerana mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut, sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai agar dapat digunakan setiap hari.

[/et_pb_text][et_pb_shop _builder_version=”3.0.78″ type=”best_selling” posts_number=”3″ columns_number=”3″ orderby=”menu_order” /][et_pb_text _builder_version=”3.0.78″ background_layout=”light” border_style=”solid”]

Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi/ Pelembab yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi hanya digunakan pada rambut hingga ke hujungnya sahaja. Elakkan terkena sehingga ke akar rambut. Biarkan selama dua hingga tiga minit sebelum membilas kesan minyak dengan air bersih.

 

Tips 5 : Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting, jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).

Tips 6 : Gaya Hidup Sihat
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Selamat mencuba!

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

8 Cara Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh Badan Anda

tips fesyen

 

Majoriti kita gemarkan berfesyen. Tapi tahukah anda cara pemilihan pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh anda agar tidak nampak janggal dan anda lebih berketrampilan.

 

Apabila anda berfikir tentang jenis badan, jangan fokus pada ketinggian dan berat tetapi fokus pada bentuk badan anda. Tahukan anda, bagi mereka yang bertubuh terlalu kurus, juga boleh kelihatan  “curvy” begitu juga seorang wanita pendek dapat memiliki bentuk badan yang sama dengan mereka yang lebih tinggi.

 

Semuanya adalah mengenai bagaimana untuk bergaya dengan menggunakan apa yang anda ada supaya anda merasa konfiden dalam memakai dan menggayakan setiap pakaian yang dimiliki.

Pemilihan pakaian yang sesuai mengikut tubuh badan ternyata menyerlahkan lagi keanggunan serta personaliti diri seseorang. Perlu di ketahui yang setiap daripada kita adalah unik – dan begitu juga bentuk badan kita.

 

Bentuk badan kita secara umum di ketahui mempunyai lapan kategori umum: pear, segitiga (athletic), segitiga songsang, segiempat tepat, diamond, jam pasir, bujur telur, serta large bust.

Anda mungkin juga tergolong dalam satu kategori, atau anda mungkin campuran dua atau lebih kategori. Sebaik sahaja anda telah menentukan bentuk badan anda, anda boleh mula mempertimbangkan tren fesyen yang mana untuk dielakkan dan yang harus di kekalkan atau di ubahsuai.

Luangkan sedikit masa di hadapan cermin dan lakukan penilaian yang adil dan jujur terhadap badan anda. Kemudian letakkan tips fesyen ini untuk panduan untuk bergaya.

 

Jom ikuti tips berikut semoga dapat di manfaatkan oleh semua.

 

Bentuk Segi Empat Tepat (Athletic Body)

 

Bagi mereka yang mempunyai bentuk badan segi empat tepat mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun langsung tidak mempunyai pinggang.

Mereka disarankan agar anda membuat pilihan dari fabrik yang lebih longgar, lembut beralun serta tampak lebih kasual.

Design pakaian atau fabrik yang mempunyai sambungan / jahitan di pinggang, mampu menyerlahkan susuk bentuk pinggang si pemakai.

Pemilihan corak-corak fabrik yang menarik, seperti bold print atau  ruffles pada bahu dan pinggul juga akan menyerlahkan lagi susuk ramping tubuh anda.

Dari segi warna, pilihan pakaian dari warna yang senada sesuai untuk mereka yang bertubuh segi empat tepat.

 

Bentuk Badan Segitiga Songsang

 

 

Untuk pemilik bentuk badan segitiga sonsang, cuba elakkan corak di bahagian atas badan terutamanya dalam bentuk yang garisan mendatar.

Pilih pakaian yang dihiasi dengan corak yang lebih berhimpun , ruffles dan shirring pada separuh bahagian bawah pakaian untuk mewujudkan bentuk lebih ramping  serta body yang “curvy” menyeimbangkan bidang anda yang besar.

Pemilihan warna yang solid serta corak printed di bahagian sisi tubuh menampakkan bentuk ramping pada pinggang.

Bentuk Badan Segi Tiga (Athletic)

 

 

Mereka yang mempunyai tubuh bentuk ini, perlu membuat pemilihan design yang menitik beratkan pemakaian di bahagian atas tubuh anda dengan corak atau layer supaya pinggul nampak lebih kecil.

Penggunaan shoulder pad, puffed sleeves atau belleros akan membuatkan bahu anda kelihatan lebih besar.

Elakkan dari memakai jeans ketat di bahagian kaki (slim fit/skinny jeans) terutamanya yang mempunyai corak atau garisan.

Bagi pemilik tubuh segitiga amat sesuai mengenakan warna yang cerah dan terang. Warna-warna gelap hanya akan menjadikan anda nampak terlalu kurus.

Corak yang besar dan tebal sangat sesuai buat si segitiga. Beruntunglah si segitiga kerana kebanyakkan warna atau corak sesuai untuk anda!

 

Bentuk Badan Diamond (Mummy Tummy)

Untuk anda yang bertubuh diamond , warna hitam, navy blue, chocolate brown, forest green, deep aubergine atau charcoal grey mampu memberikan impak kurus kepada anda. Warna-warna monochrome juga amat cocok buat si diamond.

Jika anda mahu menggayakan warna yang cerah untuk” top” anda, pastikan memadankannya dengan “bottom”  yang berwarna gelap. Anda harus cuba menjauhi corak yang serabut atau padat.

Seeloknya, pilihlah corak yang halus seperti horizontal stripes, small polka dots, hounds tooth atau gingham. Gather, Shirring dan Ruching dapat menyembunyikan perut dan menampakkan susuk pinggang anda.

 

Bentuk Badan dengan “Large Bust”

Mereka yang mempunyai bentuk badan dengan large bust, kadang-kadang agak sukar memilih pakaian terutama yang tidak terlalu menampakkan susuk bahagian atas badan anda.

Bagi yang berhijab, mungkin ini tidak menjadi masalah kerana potongan hijab menutupi sebahagian besar dada anda. Cuma pemilihan fabrik sesuai agar tidak terlalu melekap pada tubuh perlu di ambil perhatian.

Disarankan agar gunakan bra sokongan dengan molded cup atau built in underwire. Bagi yang tidak berhijab pula, cuba pilih pakaian yang mempunyai V Neckline atau halter neck , ia akan membuatkan leher anda lebih panjang dan meminimumkan size payudara anda.

Hindari pemakaian kalung dengan ukuran besar atau batu-batu. Pakai kalung yang kecil dan simple. Elakkan corak di depan bahagian dada untuk mengelakkan perhatian di bahagian tersebut.

Warna hitam atau gelap dapat membuat tubuhmu lebih langsing.

 

 

Bentuk Badan Jam Pasir

 

Wanita bertubuh jam pasir atau hourglass ini, sesuai menggayakan apa sahaja warna. Warna seperti putih, white, ivory, cream, light pink, canary yellow atau baby blue boleh membuatkan bahagian bawah anda kelihatan besar.

Kebanyakkan corak amat sesuai digayakan oleh si Hourglass, walau bagaimana pun, elakkan corak yang terlalu padat di bahagain bawah kerana ianya akan membuatkan ianya nampak lebih besar.

Pastikan memilih baju yang mengikut bentuk pinggang dan sesuai dengan tubuh anda terutamanya yang menyerlahkan bahagian pinggang.

Jangan memilih pakaian yang terlampau ketat. Contohnya pilih baju kurung pahang dan peplum.

 

Bentuk Badan Buah Pear

 

 

Bagi yang memiliki bentuk pear pulak, di sarankan agar memilih pakaian yang mempunyai corak yang tebal sesuai untuk bahagian atas si pear, manakala corak yang halus perlu dipadankan di bahagian bawah.

Corak yang menyeluruh atau sekata tidak sesuai bagi si pear kerana ianya akan menampakkan jelas bahagian yang anda tidak mahu tonjolkan. Dress dan skirt yang mempunyai garisan juga amat di galakkan.

Serlahkan bahagian pinggang dan lengan dan elakkan pakaian yang ketat. Elakkan dress dan skirt yang mempunyai potongan bias cut , buggy tops serta corak-corak detail atau low waist skinny jeans.

Bagi pemilihan warna, bahagian atas hingga ke pinggang sesuai dari pelbagai jenis warna. Namun, bahagian bawah dari pinggang anda harus berhati-hati memilih warna dan corak yang bersesuaian. Warna-warna gelap amat sesuai menhiasi bahagian pinggang kebawah.

 

Bentuk Badan Bujur Telur

 

Elakkan pemilihan pakaian yang mempunyai pelbagai corak atau ruffled di bahagian dada dan pinggang untuk menggelakkan kelihatan berperut besar. Pastikan semua corak berada di atas garis dada atau di bawah garis pinggul. Pastikan hanya garisan yang halus di gunakan.

Mereka yang mempunyai bentuk badan Bujur Telur perlu memilih pakaian yang mempunyai garis leher V, corak garis menegak, corak sederhana daripada motif geometri ataupun warna asli daripada gelap hingga sederhana. Sebagai tambahan, mereka boleh mengenakan kasut bertumit sederhana tinggi, skirt yang labuh di bawah paras lutut ataupun aksesori yang berwarna-warni untuk mengalih perhatian.

 

 

Sekarang anda sudah tahu bentuk tubuh dan apakah warna mahupun corak yang sesuai untuk anda. Selamat mencuba!