Sering kali kita didedahkan dengan pelbagai garis panduan menurunkan berat badan seperti memberi fokus pada pengambilan protein atau rutin senaman tanpa menyekat selera makan. Namun begitu, apakah diet yang berkesan dan tidak menjejaskan kesihatan? Kesalahan dalam rutin diet bukan sahaja tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan, malah mampu mengakibatkan peluang mendapat obesiti meningkat. Tetapi, dengan tips yang bakal didedahkan, anda bukan sahaja mampu mendapatkan berat badan idaman, malah menghindari masalah kesihatan.

 

 Tips Diet Yang Berkesan

 

1. Pengambilan Sarapan Pagi

Tidak mengambil sarapan adalah kesilapan utama kebanyakan daripada kita yang ingin menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan sebenarnya membantu anda dalam mengurangkan pengambilan jumlah kalori dalam pemakanan. Malah, kajian mendapati purata bacaan indeks badan ideal (BMIs) dalam kalangan mereka yang mengambil sarapan adalah lebih rendah berbanding yang tidak bersarapan.

 

 

2.Makanan Berserat Tinggi

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi bermakna tahap kalori bagi makanan itu adalah lebih rendah. Ini akan memastikan anda kekal kenyang pada jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, regime diet berserat ini adalah lebih mudah untuk dihadam sekaligus memastikan kestabilan paras gula dalam darah.

Diet Fiber

 

Adakah anda tahu bahawa ketidakstabilan gula dalam darah sebenarnya akan menyebabkan anda cepat lapar? Ini akan menyebabkan pengambilan makanan menjadi tidak teratur dan akan mengakibatkan obesiti sekiranya tidak diambil secara serius. Inilah pentingnya untuk anda mengambil makanan berserat tinggi dalam menu seharian anda bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjaga.

3.Salad Bar Platter

Pastinya apabila sayuran dikaitkan dengan amalan diet, kebanyakan daripada kita kurang gemar dengan perlunya ia bagi memastikan keberkesanannya. Ketidaksetujuan ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor yang mana sebab utamanya dikaitkan dengan cara penyajian yang menampakkan ia kurang menyelearakan. Namun begitu, kajian menunjukkan Salad Bar Platter mendapat respon positif  bagi mereka yang inginkan menu harian lengkap dengan pengambilan sayur-sayuran.

Salad Bar

 

Penyajian Salad Bar Platter yang fleksibel menjadikan ia lebih menarik dengan memberi pilihan kepada anda untuk menggunakan variasi bahan. Sebagai contoh, anda boleh memilih sayur-sayuran seperti lobak, zucchini, dan brokoli untuk di gabungkan dengan buah-buahan kegemaran anda bersama pelbagai pilihan sos salad bar. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan Salad Bar secara rutin mampu meningkatkan kandungan Vitamin C dan E, Folate dan juga Karotenoid individu tersebut. Malah, jisim berat penggemar Salad Bar adalah 3 hingga 20% lebih rendah secara purata.

 

4.High Protein vs Low Protein Diet

Dalam regime diet yang pelbagai, mempraktikkan “High Protein, Low-Carb” Diet adalah antara kaedah yang dipilih bagi menurunkan berat badan. Umum mengetahui bahawa teknik diet ini sebenarnya adalah antara regime yang memberi kesan memberangsangkan untuk jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, jisim individu yang mempraktikkan pengambilan Protein yang tinggi adalah lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang rendah pada Glycemic Index. Hal ini menjadikan teknik High Protein, Low Carb Diet lebih berkesan daripada teknik Low Protein, High-Carb Diet.

 

5.Diet Kekacang

Pernahkah anda terfikir untuk menjadikan kekacang antara makanan diet anda? Pastinya soalan ini membuatkan anda berfikir adakah dibenarkan untuk mengambil kekacang sedangkan ada kenyataan yang menyatakan bahawa ia perlu dielakkan. Namun begitu, para pengkaji telah menjalankan kajian di mana rata-rata keputusan mendapati bahawa kekacang sebenarnya mampu menurunkan berat badan. Berdasarkan kajian, kekacang yang berkhasiat mampu menjadikan individu tersebut lebih cepat kenyang tanpa menyekat selera makan, manakala protein dalam badan pula akan bertindak sebagai agen untuk memastikan kalori dari kekacang itu digunakan semasa penghadaman.

 

Sebagai contoh, pengambilan kacang Almond akan merendahkan Indeks Jisim Badan (BMIs) sehingga 18% berbanding hanya 11% pengurangan untuk pengambilan Karbohidrat. Selain itu, ia memastikan kandungan gula dalam darah untuk kekal stabil setara dengan insulin yang jelas mempengaruhi kenaikan berat badan.

 

6.Pengambilan Kalsium Dalam Pemakanan

Adakah anda tahu bahawa penyimpanan dan pembakaran lemak dalam badan adalah berkait rapat dengan pengambilan kalsium dalam pemakanan?. Kandungan kalsium yang banyak di dalam sel sebenarnya akan lebih menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Walaupon terdapat kajian yang merumuskan bahawa kalsium daripada produk tenusu adalah paling efektif, namun kalsium daripada sumber lain juga berkesan. Sebagai contoh, kandungan kalsium di dalam brokoli dan jus oren membantu melengkapkan kalsium yang diperlukan dalam diet seharian.

 

 

Mendapatkan berat badan yang ideal bukanlah sesuatu yang sukar, namun disiplin merupakan faktor penting bagi membantu mencapai matlamat anda. Regime diet yang menyekat selera makan tidak menjamin keberkesanan diet anda kerana emosi anda jelas akan terganggu dan akan merasa terbeban. Oleh itu, pastikan anda memilih teknik diet yang betul agar usaha anda akan membuahkan hasil dan anda kekal sihat sentiasa. Selamat mencuba!

Hi, Dah Subscribe Newslettter Kami?

Jom join mailing list kami untuk mendapatkan newsletter dan special promosi dari kami .

You have Successfully Subscribed!

DOWNLOAD TRAVEL CHECKLIST DISINI!

Checklist Travel ini dicipta khas bagi membantu anda membuat persedian rapi sewaktu travel.

Isikan borang dibawah untuk download

Pendaftaran anda berjaya! Sila periksa email anda sekarang untuk link download