Panduan Mix and Match Hijab Dalam Berbusana

Penyepadanan antara hijab dan juga busana adalah antara topik yang sering diutarakan di media sosial. Ditambah pula dengan frasa ‘Dressed to Impress’, ini sebenarnya sudah sebati dengan dunia peragaan fashionista. Malah, ia seringkali digunakan sebagai titik tolak yang mendorong si pemakai untuk menitikberatkan pemilihan busana mereka. Ini kerana sudah semestinya semua ingin tampil cantik, menarik dan kelihatan ‘trendy’ dalam berbusana. Namun begitu, bagi wanita berhijab, ini merupakan antara salah satu cabaran bagi mereka. Barangkali penggayaan mereka sudah lengkap dan sempurna, namun pemilihan hijab yang tidak sepadan menjadikan ‘overall look’ kelihatan tidak menarik.Tetapi, jangan khuatir. Berikut adalah tips dan panduan yang akan membantu anda menjadi pro dalam menyuaipadankan busana anda samada untuk bersantai mahupun formal.

Pakaian

1. Kombinasi Warna Cerah dan Warna Gelap

Sekiranya pakaian anda berwarna gelap, maka pemilihan hijab bertona cerah merupakan antara pilihan terbaik anda. Teknik ini sekaligus memberikan fokus pada gaya feminin anda dengan bertona pastel. Padankan dengan tas tangan yang berona cerah supaya anda kelihatan ‘fresh’ dan menawan.


Kurung

                               

2. Kombinasi Polos dan Bermotif

Hijab polos adalah pilihan tepat bagi anda yang gemar mengenakan baju bermotif, samada bercorak geometrik ataupun bermotif bunga. Pemadanan antara busana bermotif tidak sesuai dipadankan dengan yang bercorak. Hal ini kerana ia akan memberi efek yang mengelirukan dan menjadikan si pemakai kelihatan tidak kemas. Tampil formal dan juga santai dengan teknik kombinasi seperti ini mampu menjadikan anda kelihatan lebih menonjol. Namun begitu, pastikan aksesori anda tidak terlalu berbeza tona warnanya dengan warna hijab dan juga busana.


Square Satin Premium

3.Kombinasi Motif Geometrik dan Polos

Tips ini lebih menekankan ‘point’ penggayaan kepada hijab yang digayakan. Pemakaian hijab yang bermotif geometrik akan memberi efek ceria pada penampilan anda, apatah lagi apabila disepadankan dengan busana polos. Anda juga boleh mengenakan aksesori bercorak bagi menaikkan seri busana anda.


Square Satin

4. Kombinasi Motif Bunga dan Polos

Sekiranya anda menginginkan imej penggayaan yang lebih anggun, pemadanan antara hijab bermotif bunga dan busana polos adalah pilihan terbaik. Tetapi, pastikan tona corak  anda sepadan dengan rona warna busana. Warna yang terlalu kontra akan menampakkan ‘overall look’ anda kelihatan janggal.


Elara Kurung

 5. Kombinasi Berwarna Senada

Jika anda sukakan penampilan yang lebih anggun tetapi simple, anda boleh cuba untuk menyepadankan rona warna pemakaian anda. Akan tetapi, berhati-hati memilih warna tema pakaian anda supaya tidak kelihatan terlalu menyerlah. Sebagai tips, anda boleh mencuba warna neutral seperti tona pastel dengan corak minima pada busana.

Kombinasi yang sepadan akan menampilkan keanggunan si pemakai walaupun dengan aksesori yang minima. Penggayaan senada boleh diaplikasikan samada untuk majlis formal dan juga tujuan bersantai.

 


Azalea Kurung

6. Kombinasi Warna Analog

Sememangnya penyepadanan antara warna yang berbeza merupakan pilihan yang agak sukar. Namun begitu, sekiranya anda seorang yang gemar akan gaya kontras, ini adalah tips yang berkesan untuk anda.

Pemilihan warna analog seperti hijau dan kuning akan menampilkan imej elegen dan menawan pada si pemakai. Anda boleh menggayakan hijab berwarna hijau dan busana berwarna kuning atau sebaliknya. Warna analog sebenarnya adalah tona yang bersebelahan dalam spektrum warna.

 

 

 

Mix and Match antara hijab dan busana ternyata adalah salah satu faktor penting dalam memastikan anda kelihatan menawan. Tetapi, adalah penting untuk anda mengenalpasti apakah kombinasi yang betul antara hijab yang digayakan dengan busana. Demikian tadi tips dan panduan bagi menyuaipadankan pemakaian anda. Tampil menawan dalam berfesyen adalah pilihan, namun pemilihan busana dan hijab yang tepat adalah keperluan. Dengan rangkaian produk Heaxabell, penggayaan anda pastinya akan kelihatan cantik dan sempurna.

 

 

 

Hi, Dah Subscribe Newslettter Kami?

Jom join mailing list kami untuk mendapatkan newsletter dan special promosi dari kami .

You have Successfully Subscribed!

DOWNLOAD TRAVEL CHECKLIST DISINI!

Checklist Travel ini dicipta khas bagi membantu anda membuat persedian rapi sewaktu travel.

Isikan borang dibawah untuk download

Pendaftaran anda berjaya! Sila periksa email anda sekarang untuk link download

Shares
Share This