Cara menabung paling berkesan untuk anda.

Ramai orang ada keinginan untuk menabung. Tetapi tidak tahu cara menabung yang berkesan. Jom ikuti langkah di bawah untuk uruskan kewangan kita dengan baik.

Perkara yang sering bermain di fikiran adalah bila kita mendapat gaji di hujung bulan, bagaimana kita mahu menyimpan duit dengan baik untuk kegunaan sekarang, ketika kecemasan, untuk masa depan dan untuk keperluan keluarga? Perkara pertama yang kita perlu bila kita dapat gaji adalah dengan membuat TABUNG.

Selalunya orang kaitkan menabung adalah untuk kanak-kanak bukan untuk orang dewasa. Tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita mengajar kanak-kanak untuk membuat simpanan ketika kecil? Supaya mereka pandai berjimat dan tidak boros dalam membeli barang.

Tapi pernahkah kita fikir, semakin besar kanak-kanak itu, semakin kurang sifat mereka untuk menyimpan duit dan membuat simpanan kecemasan. Sebab itu makin besar, kita makin pandai minta duit ibu bapa atau makin ligat mencari duit sampingan untuk kepuasan diri tanpa lupa memikirkan masa depan.

Jadi, perlu diingatkan untuk kita semua agar tanamkan semula sifat menyimpan duit untuk kegunaan masa depan. Banyakkan menyimpan agar boleh digunakan ketika kecemasan. Berikut adalah tips yang boleh digunakan untuk bahagikan duit gaji kepada beberapa bahagian. Jom lihat!

 

 

#1: Tabung Diri sendiri 10%

Pertama sekali, bila kita dah dapat gaji, simpan 10% dari gaji kita untuk diri kita. Dengan duit itulah jika kita nak reward diri kita untuk makan di tempat mahal-mahal, atau berbelanja di tempat mahal atau untuk pergi spa rehatkan diri, terpulang pada diri kamu.

Beri diri kita peluang untuk menikmati keseronokan setelah selama sebulan bekerja lelah berhempas pulas untuk mencari rezeki. Tetapi awas! Pastikan hanya 10% sahaja dari gaji yang kita dapat. Contoh gaji sebulan kita adalah RM3000, jadi pastikan hanya rm300 sahaja yang dibelanja untuk diri sendiri.

(Sumber dari Vemale.com)

#2: Tabung Sedekah 5%

Pernah dengar, “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain” ? Atau pernah dengar “semakin banyak kita memberi semakin banyak kita menerima”? Itulah konsep sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin berkat rezeki kita. Semakin bertambah rezeki kita. Malah, rezeki kita akan datang dalam bentuk yang tidak dijangka.

Tidak dinafikan ada orang yang anggap bila bersedekah itu duit akan berkurangan atau akan rasa miskin selepas banyak bersedekah tetapi sebenarnya itu pemikiran yang salah. Dalam Islam dah di ajar untuk banyakkan bersedekah. Walaupun ketika itu kita hanya ada RM1 dalam poket seluar.

Jika kita yakin dengan rezeki Allah, kita tidak akan lokek untuk bersedekah dan memberi kepada orang yang memerlukan. Jadi tunggu apa lagi? Bersedekahlah supaya rezeki yang kita ada dapat kita kongsi bersama dengan yang memerlukan.

#3: Tabung Ibubapa 5%

Benda ini sering anak-anak terlupa. Bila dah mula dapat duit, mula lupa diri, lupa siapa yang menjaga kita dari kecil. Ingatlah, ibu bapa kadang-kadang tak nak pon duit kita, tapi ibu bapa nak tengok sama ada kita ingat atau tidak kepada mereka. Bagi anak-anak yang duduk dengan ibu bapa, apa salahnya berkorban untuk bayar bil api, bil air, keperluan dapur atau bayar sewa rumah supaya dapat kurangkan beban ibu bapa kita.

Walaupun ibu bapa kita seoang jutawan, tapi tak salah untuk kita memberi sedikit wang ringgit hasil titik peluh kita kepada mereka. Bila kita menggembirakan hati ibu bapa kita, ibu bapa dengan senang hati mendoakan kita, malah kita turut dapat redha dari Allah. Bila kita dapat redha dari Allah, mesti hari-hari kita rasa seronok untuk buat kerja.

Cuba buat dan tengok kesannya. Ok? Boleh ke Boleh?

 

#4: Tabung Simpanan 10%

Ini benda penting yang kita perlu sedar dari dulu. Dapat duit simpan untuk buat simpanan. Memanglah awal-awal simpan duit sikit saja. Tapi bila dah lama-lama menyimpan, kan bertambah banyak duit yang ada. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Bermula RM300 kita menyimpan sebulan, kalau 10 bulan jadi RM3000. Alangkah seronoknya kalau duit yang kita simpan dari awal, mula membiak menjadi banyak. Tetapi awas ! Sila simpan dalam bank yang anda tak mahu sentuh dan buka. Tips bila duit simpanan dah banyak, buatlah pelaburan atau bagilah duit itu beranak. Supaya duit itu tidak terhenti setakat itu sahaja nilainya.

Jadilah kita pengguna yang bijak dalam menguruskan duit gaji kita. Bukan sahaja menyimpan duit, tetapi membiarkan duit menjadi lebih banyak.

 

#5:Tabung Percutian 10%

Bila sebut cuti, selalu orang yang dapat gaji saja, terus fikir untuk pergi bercuti. Lepas bercuti tengok-tengok semua duit gaji habis ke tempat percutian. Ini ada satu tips untuk semua. Buat tabungan dari mula kita dapat gaji, sampai satu masa duit untuk percutian dah cukup, pergilah bercuti.

Walaupun bukan selalu pergi bercuti, sekurang-kurangnya kita dapat bercuti juga. Dapat bercuti, dan dapat simpan duit dengan bijak. Jadi, pilih ? Nak bercuti setiap bulan sampai duit dah habis , atau nak cuti bila duit tabung cuti dah cukup ?

Jika kita pilih menyimpan dari awal untuk merancang percutian kita pada masa akan datang dengan perancangan yang lebih awal, mungkin bila ada promosi tiket kapal terbang yang murah, kita boleh berjimat di situ. Kita juga boleh merancang semuanya dari awal. jadi, buatlah keputusan yang bijak.

 

 

#6:Tabung Pendidikan 10%

Bila dapat gaji, simpanlah juga duit untuk pendidikan. Sama ada yang baru bekerja yang masih dalam PTPTN, boleh bayar sikit demi sikit atau yang ada keinginan untuk sambung belajar boleh tampung yuran belajar kita.

Mungkin juga duit ini bukan untuk belajar di tempat belajar, tapi kalau kita nak hadiri kursus-kursus yang berbayar untuk tingkatkan kemahiran diri kita, inilah peluangnya. Simpan duit untuk tingkatkan diri kita. Ilmu itu penting untuk membawa kita ke arah yang lebih baik.

Dengan duit simpanan untuk pendidikan, kita boleh tingkatkan diri kita dengan kemahiran atau pengetahuan yang hanya boleh didapati melalui kursus-kursus yang berbayar. Jadi, dengan menyimpan untuk pendidikan, kita boleh meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran diri kita sendiri.

 

#7: Tabung Perbelanjaan 40%+10%

Ini adalah benda yang paling penting sekali. Setiap bulan kita perlu buat dan catat perbelanjaan kita supaya kita tidak terlebih untuk menggunakannya atau tidak terlalu boros dalam membelanjakan duit kita. Dalam duit inilah kita kena kira tambang tol pergi balik kerja setiap hari, duit minyak kereta, keperluan barang dapur, keperluan harian dan segala yang berkait dengan perbelanjaan harian.

Awas ! Sila buat catatan untuk mengenal pasti perbelanjaan bulanan kita. Bila nak beli barang dekat super market, PASTIKAN kita membuat senarai semak agar tidak membeli mengikut nafsu dan pastikan kira sekali duit kita minum kopi di kedai setiap hari.

Bayangkan kalau setiap hari kita minum kopi secawan RM2, kalau seminggu RM14? Setiap hari? Sampai hujung bulan? RM56 kita hanya untuk kopi saja. Jadi, kalau kita pandai berjimat, kita mesti boleh menguruskan kewangan dengan baik.

pengurusan pembelanjaan

Bagaimana dengan tips di atas? menarikkan . Kalau menarik cubalah. Tips ini mengajar kita semua untuk menyimpan sambil berbelanja untuk diri sendiri. Kalau kita seorang yang pandai merancang, dan mula merancang dari sekarang, maka kita akan jadi orang yang bijak menguruskan kewangan dengan baik.

Jadilah orang yang bijak menguruskan gaji supaya masa depan kita terjamin dan terjaga.

 

 

Tips memilih kaca mata bagi kelihatan menawan

Kini, bercermin mata sama ada untuk membantu penglihatan mata atau untuk bergaya sudah tidak pelik di kalangan masyarakat. Malah ada yang sanggup untuk berhabis duit semata-mata untuk membeli cermin mata yang tiada power untuk kelihatan menawan. Tapi, sebagai pengguna cermin mata, jenis cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah sangat perlu supaya kelihatan anggun dan menawan dan bukan nampak seperti  orang yang tidak pandai bergaya. Tambahan pula, sekarang banyak jenis cermin mata yang menjadi tarikan semua pengguna baik dari segi cermin mata untuk kesihatan, cermin mata untuk melindungi sinaran cahaya matahari, cermin mata untuk elak radiasi dan pelbagai jenis lagi.

Di sini, disertakan beberapa tips untuk memilih cermin mata berdasarkan bentuk muka. Semoga bermanfaat!

1. Memilih cermin mata berbingkai persegi panjang dan sudut yang tajam untuk sembunyikan wajah bulat dan pipi tembam kita. 

Image result for jenis kacamata sesuai bentuk wajah

Bagi yang mempunyai bentuk muka bulat, biasanya mukanya tiada sudut, jadi pemilihan kaca mata yang bersudut akan menampilkan wajah yang menarik perhatian orang untuk melihat kamu.

2. Memiliki muka yang berwajah kotak dan mempunyai rahang besar sangat sesuai untuk memakai kaca mata yang berbentuk melengkung.

Related image

Pernah lihat orang yang mempunyai wajah petak seperti kotak? Ianya merupakan antara wajah idaman para lelaki. Dan bila melihat mereka bercermin mata, jika pandai dan tepat mengikut bentuk muka, sudah tentu orang ramai terpesona melihatnya sehingga tertoleh banyak kali. Tetapi, jika tersalah pilih bentuk cermin mata, orang akan pandang pelik kepada si pemakai itu. Jadi, sesiapa yang mempunyai pasangan bermuka kotak, cepat-cepat lihat jenis cermin matanya dan bantu si dia untuk memakai cermin mata yang sesuai. Pilihlah bingkai cermin mata yang berbentuk persegi panjang, oval atau bulat dengan mempunyai sisi yang melengkung. Ianya adalah pilihan yang tepat dengan bentuk wajah begitu.Pasti si pemakai akan kelihatan tampan dan menarik.

3. Memiliki wajah berbentuk hati sesuai dikenakan dengan cermin mata model cat eyes

Image result for kaca mata model cat eyes

Jika kamu memiliki dahi yang luas dan bentuk pipi dan dagu yang memanjang ke bawah, kamulah orang yang istimewa yang memiliki wajah berbentuk hati. Pemilihan bentuk cermin mata cat eyes adalah untuk menampilkan si pemakai kelihatan profesional, dan membuat tulang pipinya kelihatan lebih kecil. Carilah cermin mata dengan bingkai yang lebar di bahagian atas dan halus di bahagian bawah, sisinya berbucu dan berdiameter tebal. Malah sebaiknya hindarkan untuk memakai cermin mata yang berbentuk tinggi dan lebar.

4. Wajah bentuk oval adalah paling bertuah.

Image result for jenis kacamata sesuai bentuk wajah

Siapa yang memiliki bentuk wajah yang oval ? Mereka adalah orang yang memiliki bentuk dahi dan dagu sama lebar. Wajah akan kelihatan menarik untuk memakai apa jua jenis cermin mata. Antara pilihan yang ada, kamu boleh mencuba untuk memakai cermin mata jenis bentuk oval, cat eyes ataupun bulat. Jika kamu memilih untuk memakai cermin mata yang berbingkai besar akan menampakkan riak tegas di wajah kamu. Jadi pemakai boleh memilih samada hendak kelihatan cantik atau tegas di mata orang.

5. Cermin mata melebar dari atas ke bawah sesuai bagi yang memiliki wajah segi tiga.

bingkai bagian bawah yang melebar

Siapa yang memiliki wajah segi tiga? Mereka adalah orang yang mempunyai dahi yang kecil, pipi dan dagu yang melebar. Pemilihan bentuk cermin mata yang sesuai adalah cermin mata yang bersudut melengkung atau  oval, kerana cermin mata ini boleh menampilkan pemakai untuk menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi yang lebar. Pemilihan warna yang lembut juga memberi impak kepada pemakai. Malah, si pemakai di sarankan untuk memakai cermin mata tanpa bingkai.

Bagaimana dengan tips-tips yang diberikan? Adakah ianya membantu untuk memilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka? Sebaiknya bagi yang masih tidak tahu jenis bentuk muka, periksa dulu dan pastikan memakai cermin mata mengikut bentuk muka. Supaya apabila memakai cermin mata mengikut kesesuaian wajah, orang yang melihat akan pandang berkali-kali dan mencuri-curi pandang kepada kamu kerana ketampanan dan kecantikan kamu.

Untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya, gayakan pakaian kamu dengan pakaian dari butik Heaxabell. Pasti kamu akan kelihatan lebih tertarik, menarik dan lebih menawan!