Percuma Kos Penghantaran Untuk Pembelian RM150 Dan Ke Atas

Search

Tips dan Rawatan Ringkas Bagi Atasi Masalah Jerawat

Masalah jerawat bukanlah suatu isu yang asing untuk dibahaskan dalam kalangan kita, terutama sekali bagi golongan remaja. Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai punca yang menjurus kepada masalah pertumbuhan jerawat. Namun begitu jangan risau, kerana berikut adalah tips simple bagi anda merawat masalah kulit ini. Malah, ia dapat memastikan kulit anda kekal sihat dan segar sepanjang hari walaupun terdedah dengan persekitaran yang pelbagai.

Tips Dan Panduan Ringkas Bagi Mengatasi Masalah Jerawat

 

1. Pemilihan Makeup Yang Sesuai

Penggunaan makeup yang pelbagai tanpa sedar mampu meningkatkan risiko pertumbuhan jerawat pada wajah. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, pastikan anda menggunakan produk yang telah dilabel sebagai produk “non-comedogenic”.  Ini bermaksud ia telah diformulasi sebagai produk yang tidak akan menyebabkan liang-liang roma pada wajah tersumbat. Untuk pengetahuan anda, ini adalah salah satu penyebab kepada permasalahan kulit. Selain itu, pastikan anda sentiasa membersihkan wajah anda daripada makeup sepenuhnya sebelum tirai malam disingkap.

 

2. Pendedahan Terhadap Sinaran UV

Seringkali kita terlupa bahawa pendedahan kulit wajah terhadap sinaran UV dalam jangka masa lama boleh memberi kesan buruk. Sebagai contoh, ia boleh mengakibatkan kerosakan lapisan kulit wajah dan mendorong pertumbuhan jerawat. Oleh itu, adalah penting bagi anda menggunakan produk pelindung matahari untuk melindungi kulit wajah anda. Walaupun begitu, penting untuk anda memilih pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit untuk memastikan keberkesanannya.

3. Senaman

Rutin senaman secara harian bukan sahaja memastikan anda kekal sihat dan segar, malah mengurangkan risiko sebarang masalah kulit wajah. Dengan bersenam, ia mampu meningkatkan aliran darah dalam badan sekaligus memastikan membersihkan liang-liang kulit wajah anda. Oleh itu, senaman selama setengah jam setiap 3 hingga 4 kali seminggu adalah amat digalakkan.

 

4. Pemakanan Yang Sihat

Adakah anda tahu pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa regime diet sememangnya mempengaruhi kesihatan kulit kita . Untuk pengathuan anda, pengambilan produk tenusu meningkatkan risiko pertumbuhan jerawat pada kulit wajah. Hal ini kerana ia dikategorikan sebagai makanan yang mengandungi Indek-Glycemic yang tinggi.

5. Pengambilan Air

Secara purata, 60% daripada jisim badan setiap individu adalah didominasi oleh kandungan air. Pengambilan air secukupnya akan mnghidrat kulit anda disamping menyingkirkan kesemua toksin berbahaya dalam badan. Tanpa sedar, sebenarnya pembuangan toksin dalam badan bukan sahaja mengekalkan keanjalan kulit, malah menstabilkan berat badan anda.

6. Kurangkan Stress

Berada dalam keadaan tertekan samada terlalu banyak berfikir atau bekerja akan mendorong pertumbuhan jerawat pada wajah. Inilah pentingnya kawalan emosi yang sempurna bagi mengawal tekanan dan mampu bertenang walaupun dalam keadaan sulit. Mendidik diri supaya kekal tenang bukan sahaja memudahkan penyelesaian kepada masalah, malah membantu anda kekal positif dan bebas jerawat.

Demikian adalah tips dan panduan ringkas bagi merawat masalah kulit wajah seperti jerawat. Sudah semestinya dengan kesibukan seharian, agak sukar bagi kita menjaga kulit wajah. Namun begitu, untuk setiap permasalahan, pastinya akan ada penyelesaian yang ringkas bagi memudahkan kita. Apa yang penting, kekal positif dan optimist dalam apa jua keadaan supaya sentiasa ceria dan bebas masalah dalaman dan luaran.