Tahukah anda bahawa warna busana yang anda gayakan setiap hari sebenarnya mempunyai kaitan dengan emosi anda pada hari tersebut?
Ya, ini adalah fakta yang sebenarnya telah diketahui umum dan sebahagian daripada kita telah mempraktikkan tips ini bagi mendapatkan penggayaan yang sempurna.
Namun begitu, bagi yang masih samar-samar dengan topik ini, jangan risau kerana anda akan didedahkan dengan tips-tips menarik yang boleh anda praktikkan bagi mendapatkan gaya yang sempurna dan memukau.
Psikologi Warna
Psikologi Warna boleh didefinisikan sebagai, Kajian mengenai spektrum warna yang menjadi penentu atau pendorong terhadap tingkah laku seseorang individu tersebut.
Emosi manusia sebenarnya berkait rapat dengan indeks warna yang dipantulkan sama ada melalui penglihatan sejagat atau daripada individu itu sendiri. Sebagai contoh, yang paling berkait rapat adalah dengan pemakaian seharian.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik ini, ayuh kita singkap satu persatu makna setiap warna dan kaitannya dengan emosi.
Warna, Personaliti, Dan Fesyen.
Hitam
Hitam umumnya dikaitkan dengan tona yang mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai selain daripada melambangkan penguasaan dan formaliti seseorang individu. Selain itu, hitam juga melambangkan maskulin, kemakmuran, ketegasan dan imej misteri.
Namun begitu, bagi budaya Barat, hitam sering dikaitkan dengan kematian dan kesedihan yang dapat menimbulkan perasaan tertekan. Tetapi bagi bidang fesyen, ia adalah tona yang akan membantu anda untuk memberi efek langsing bagi si pemakai.
Kebanyakan daripada kita gemar menggayakan busana bertona hitam kerana ia mampu disepadankan dengan koleksi tatarias yang pelbagai. Oleh itu anda boleh cuba untuk menjadikan koleksi Kara Abaya dari Butik Heaxabell sebagai pelengkap gaya anda.
Merah
Merah pula kerap di kaitkan dengan kekuatan, semangat, energi, kegembiraan, cinta, keinginan dan juga nafsu. Bukan itu sahaja, tona merah sinonim dengan amaran, kecemasan, bahaya dan juga peperangan.
Setiap daripada spektrum ini sebenarnya mempunyai makna positif dan juga negatif berdasarkan situasi. Namun begitu, merah muda adalah tona yang sesuai bagi mereka yang ingin menampilkan imej kelembutan dek kerana ia melambangkan cinta dan romantisme.
Untuk tampil kasual ataupun formal dengan busana berwarna merah, Sakura Dress merupakan pilihan yang tepat bagi anda dengan ‘point’ bunga-bungaan.
Oren, Jingga
Warna Oren adalah gabungan daripada indeks merah dan juga kuning yang melambangkan kegembiraan, kreativiti, kekaguman, kenyamanan dan juga optimisme.
Walaupun begitu, dalam bidang fesyen penggunaan warna Oren yang berlebihan akan menampakkan imej ‘murah’ dan mampu merangsang perilaku hiperaktif.
Bagi menyeimbangkan ‘Overall look’, anda boleh menyuai padankan busana anda dengan tona warna yang lebih ‘cool’ seperti warna coklat.
Biru
Dalam bidang Senireka dalaman, tona biru kebiasaannya digunakan bagi mencipta ilusi ruang yang luas, sejuk, nyaman, dan juga efek ketenangan.
Manakala dari segi kesihatan pula,sinonimnya biru diyakini mampu untuk mengatasi tekanan, perasaan cemas malah imsomnia. Namun begitu, dari segi emosi, ia dikategori sebagai pemangkin kecerdasan, kekuatan, malahan memberi semangat kepada si pemakai.
Oleh itu, penggayaan yang tertumpu pada tona warna biru secara tidak langsung mampu untuk meningkatkan keyakinan dalam diri si pemakai.
Kuning
Warna kuning di klasifikasikan sebagai tona yang mampu menzahirkan perasaan gembira, intelektual, keceriaan, merangsang mental aktiviti dan meningkatkan daya energi.
Tambahan lagi, individu yang cenderung untuk menggayakan busana berwarna kuning dipercayai lebih bijaksana dan cerdas.
Namun begitu, penggemar tona ini juga seringkali dikaitkan dengan perasaan gelisah, tekanan malah tidak konsisten. Walaupun begitu, sekiranya ‘mix and match’ anda tepat dengan tujuan penggayaan, anda tetap mampu melahirkan imej yang positif.
Hijau
Merupakan reprensentasi bagi alam semulajadi yang menjadi simbol harmoni, kesegaran, kesuburan dan juga tumbesaran. Hijau terang umumnya lebih diklasifikasikan dengan matawang dan memberi kestabilan dan kecekalan.
Ia adalah tona yang menjadi simbol kepercayaan, kesetiaan, keadilan, keyakinan dan kepandaian. Bukan itu sahaja, dalam Psikologi warna, Hijau adalah salah satu medium yang mampu membantu seseorang menyeimbangkan emosi.
Maka, pemilihan busana seharian yang menumpukan tona hijau sebagai ‘point look’ adalah tips yang mampu menaikkan seri anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk menggayakan Thea Kurung dari Butik Heaxabell.
Ungu
Merupakan kombinasi Kestabilan Biru dan juga Energi Merah yang dikaitkan dengan penguasaan, kemewahan, ambisius, misteri dan juga independent.
Sayangnya, penggayaan Ungu yang berlebihan akan memberi efek negatif dengan imej kesedihan, kurang teliti dan kesendirian.
Namun begitu, Ungu dikategorikan warna yang ‘top’ kerana mampu menyerlahkan keterampilan anda sebagai seorang yang unik dan berseni.
Putih
Kontras dengan Hitam, putih menampilkan personaliti si pemakai sebagai seorang yang anggun, positif, ideal, dan melambangkan aura positif. Ia juga merupakan lambang keseimbangan dan juga kebebasan dalam diri dan sekeliling.
Dalam bidang fesyen, eksposi busana berwarna putih sebagai ‘overall look’ akan memberi impak polos dan murni kerana ia dianggap sebagai warna yang memantulkan cahaya.
Pada pemilik badan yang agak kurus boleh lebih memilih pakaian berwarna putih untuk tampak lebih berisi. Rona putih juga boleh dikaitkan dengan kesucian dan kebersihan.
Daripada penulisan di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap tona warna mempunyai kaitan yang tersendiri dengan emosi individu itu sendiri.
Malah pakar psikologi, Carl Jung menjadikan warna sebagai medium utama dalam rawatan psikoterapinya. Oleh itu, kenali warna anda dan pastikan anda memiliih busana yang sesuai dengan emosi seharian anda.